BUMIDART JDT

Secara ringkasnya tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk rujukan darters-darters yg inginkan maklumat berkaitan dart di Negeri Johor. Dari mencari accessories dart, yang baru nak beli dart, yang nak belajar dart dan yang mencari tempat untuk bermain dart di Johor. Page ini juga mempromosikan bumidartJDT sebagai sebuah persatuan yang bakal mewarnai sukan dart Negeri Johor Darul Takzim.

Thursday, 5 February 2015

TIPS TIPS YANG ANDA PERLU TAHU SEKIRANYA INGIN BERJINAK DENGAN SUKAN DART


1. Langkah2 yang perlu kita ambil berat terutama untuk seseorang yang ingin mencuba sukan ini. 



2. Menentukan kedudukan yang betul, pilihlah cara mana yang anda rasakan selesa tp bg saya kedudukan 'ANGLED' adalah yang paling sesuai dengan saya dan majoriti darters diluar sana.

 3. Sasaran dan target hendaklah selari dengan tempat balingan(jika boleh) ada juga darters yg memilih kedudukan yang serong (berat kekanan atau kekiri) terpulang kpd keselesaan anda.


 4. Kiraan, ini penting dalam permainan dart kerana jika anda 'perfect' balingan sekalipun sekiranya kiraan sedikit 'slow' akan menjejaskan game anda klau tak percaya cubalah. Sekurang-kurangnya kita kena menghafal kedudukan nombor2 di board yang diletakkan secara rawak (tidak mengikut susunan) begitu juga anda harus menghafal sifir mudah dart paling2 tidak 'triple 11-19 dan dimana kedudukannya krn anda tidak akan terkial-kial mencari dimana triple 13, dimana double 17 jika tersalah setup rumah hehehe.


 5. Ambil tahu juga jarak balingan, tinggi board yang betul kerana jika tersalah pasang jarak dan tinggi board kita akan menghadapi masalah balingan tak sampai atau balingan dart kita terlalu kuat padahal kesalahan dari board yang kita training. Klau board tounament pun salah ukurannya tegurlah penganjur.





No comments:

Post a Comment