BUMIDART JDT

Secara ringkasnya tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk rujukan darters-darters yg inginkan maklumat berkaitan dart di Negeri Johor. Dari mencari accessories dart, yang baru nak beli dart, yang nak belajar dart dan yang mencari tempat untuk bermain dart di Johor. Page ini juga mempromosikan bumidartJDT sebagai sebuah persatuan yang bakal mewarnai sukan dart Negeri Johor Darul Takzim.

Thursday 5 February 2015

PERTEMUAN PERTAMA/FRIENDLY GAME ( MAJLIS SUAI KENAL DARTERS BUMIDART)

Tanggal 23.12.2014 bersamaan hari Selasa tercatat sejarah yg tidak disengajakan dimana rancangan awal friendly game dart melibatkan dua team antara JLWS & JKDM GP telah diketahui umum dan tersebar dilelaman sosial. 

Sehubungan itu permintaan dari team2 lain untuk turut serta dalam perlawan persahabatan ini tidak dapat ditolak sekaligus menghimpunkan kami di bilik dart JLWS Shahbandar. Antara team yg hadir malam tu adalah dari team SAJ JB, JKR JB, LKIM JB, JKDM GP, PDRM GP, MAKSAK JOHOR, JLWS SHAHBANDAR DAN KELAB MERDEKA KG. MELAYU MAJIDEE. 

Oleh kerana bilik itu terlalu kecil dan sesak maka friendly game yg dirancang tidak berjalan lancar akan tetapi matlamat utk menghimpunkan mereka tercapai. Disebabkan sambutan luar biasa ini satu mesyuarat adhoc antara org2 kuat dr darters jabatan/agensi&kelab2 bumi bermesyuarat pada tika itu juga dan objektifnya berkisar penubuhan persatuan yang khusus untuk golongan beginner & amateur disamping memperbanyakkan kejohanan2 dart di bumi Johor amnya. 

Begitulah serba sedikit kisahnya dimana & bagaimana bermulanya BUMIDART JDT. Sekian wassalam

Che Mat orang kuat bumidart macam biasa sibuk bebenor

Che Hamzah berkemeja cream pencetus idea friendly dan penubuhan bumidart malam tu

Sesak.. bilik yang selesa untuk 16org malam tu padat dgn hampir 50org yg hadir


No comments:

Post a Comment