BUMIDART JDT

Secara ringkasnya tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk rujukan darters-darters yg inginkan maklumat berkaitan dart di Negeri Johor. Dari mencari accessories dart, yang baru nak beli dart, yang nak belajar dart dan yang mencari tempat untuk bermain dart di Johor. Page ini juga mempromosikan bumidartJDT sebagai sebuah persatuan yang bakal mewarnai sukan dart Negeri Johor Darul Takzim.

Sunday 8 February 2015

DISINI BERMULA SEGALANYA, TARIKH KERAMAT 07 FEBRUARI 2015 HALATUJU BUMIDART JDT

07 Februari 2015 hari yang dinanti telah tiba, debaran peserta-peserta kian terasa dengan masing2 cuba menunjukkan kehebatan pasukan yang diwakili.

Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang menepati masa terutama darters dari Melaka yang tidak tersesat mencari venue cuma perjalanan game tidak begitu lancar disebabkan tiada pemantauan khusus bagi setiap game, banyak sangat jurang masa yang diambil antara game pertama, kedua dan game seterusnya yang mengakibatkan perjalanan game begitu perlahan dan memakan masa yang agak lama dari masa yang telah ditetapkan.

Untuk penganjuran kali pertama bolehlah dianggap berjaya dan kekurangan ini akan diambil iktibar untuk penganjuran game akan datang. Sekian untuk kali ini, gambar-gambar pemenang akan diumumkan sikit hari lagi maklumlah saya pun kena cari masa terluang untuk mengemaskini blog ni.
AJK bumidart bertungkus lumus menyiapkan persiapan terakhir


Skrin gergasi di dalam bangunan yang gah memaparkan iklan dihari pertandingan
Penat menunggu giliran bermain seterusnya tapi tetap enjoy
Suasana dalam tempat pertandingan 



No comments:

Post a Comment