BUMIDART JDT

Secara ringkasnya tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk rujukan darters-darters yg inginkan maklumat berkaitan dart di Negeri Johor. Dari mencari accessories dart, yang baru nak beli dart, yang nak belajar dart dan yang mencari tempat untuk bermain dart di Johor. Page ini juga mempromosikan bumidartJDT sebagai sebuah persatuan yang bakal mewarnai sukan dart Negeri Johor Darul Takzim.

Sunday, 8 February 2015

DISINI BERMULA SEGALANYA, TARIKH KERAMAT 07 FEBRUARI 2015 HALATUJU BUMIDART JDT

07 Februari 2015 hari yang dinanti telah tiba, debaran peserta-peserta kian terasa dengan masing2 cuba menunjukkan kehebatan pasukan yang diwakili.

Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang menepati masa terutama darters dari Melaka yang tidak tersesat mencari venue cuma perjalanan game tidak begitu lancar disebabkan tiada pemantauan khusus bagi setiap game, banyak sangat jurang masa yang diambil antara game pertama, kedua dan game seterusnya yang mengakibatkan perjalanan game begitu perlahan dan memakan masa yang agak lama dari masa yang telah ditetapkan.

Untuk penganjuran kali pertama bolehlah dianggap berjaya dan kekurangan ini akan diambil iktibar untuk penganjuran game akan datang. Sekian untuk kali ini, gambar-gambar pemenang akan diumumkan sikit hari lagi maklumlah saya pun kena cari masa terluang untuk mengemaskini blog ni.
AJK bumidart bertungkus lumus menyiapkan persiapan terakhir


Skrin gergasi di dalam bangunan yang gah memaparkan iklan dihari pertandingan
Penat menunggu giliran bermain seterusnya tapi tetap enjoy
Suasana dalam tempat pertandingan 



Thursday, 5 February 2015

TIPS TIPS YANG ANDA PERLU TAHU SEKIRANYA INGIN BERJINAK DENGAN SUKAN DART


1. Langkah2 yang perlu kita ambil berat terutama untuk seseorang yang ingin mencuba sukan ini. 



2. Menentukan kedudukan yang betul, pilihlah cara mana yang anda rasakan selesa tp bg saya kedudukan 'ANGLED' adalah yang paling sesuai dengan saya dan majoriti darters diluar sana.

 3. Sasaran dan target hendaklah selari dengan tempat balingan(jika boleh) ada juga darters yg memilih kedudukan yang serong (berat kekanan atau kekiri) terpulang kpd keselesaan anda.


 4. Kiraan, ini penting dalam permainan dart kerana jika anda 'perfect' balingan sekalipun sekiranya kiraan sedikit 'slow' akan menjejaskan game anda klau tak percaya cubalah. Sekurang-kurangnya kita kena menghafal kedudukan nombor2 di board yang diletakkan secara rawak (tidak mengikut susunan) begitu juga anda harus menghafal sifir mudah dart paling2 tidak 'triple 11-19 dan dimana kedudukannya krn anda tidak akan terkial-kial mencari dimana triple 13, dimana double 17 jika tersalah setup rumah hehehe.


 5. Ambil tahu juga jarak balingan, tinggi board yang betul kerana jika tersalah pasang jarak dan tinggi board kita akan menghadapi masalah balingan tak sampai atau balingan dart kita terlalu kuat padahal kesalahan dari board yang kita training. Klau board tounament pun salah ukurannya tegurlah penganjur.





PERTEMUAN PERTAMA/FRIENDLY GAME ( MAJLIS SUAI KENAL DARTERS BUMIDART)

Tanggal 23.12.2014 bersamaan hari Selasa tercatat sejarah yg tidak disengajakan dimana rancangan awal friendly game dart melibatkan dua team antara JLWS & JKDM GP telah diketahui umum dan tersebar dilelaman sosial. 

Sehubungan itu permintaan dari team2 lain untuk turut serta dalam perlawan persahabatan ini tidak dapat ditolak sekaligus menghimpunkan kami di bilik dart JLWS Shahbandar. Antara team yg hadir malam tu adalah dari team SAJ JB, JKR JB, LKIM JB, JKDM GP, PDRM GP, MAKSAK JOHOR, JLWS SHAHBANDAR DAN KELAB MERDEKA KG. MELAYU MAJIDEE. 

Oleh kerana bilik itu terlalu kecil dan sesak maka friendly game yg dirancang tidak berjalan lancar akan tetapi matlamat utk menghimpunkan mereka tercapai. Disebabkan sambutan luar biasa ini satu mesyuarat adhoc antara org2 kuat dr darters jabatan/agensi&kelab2 bumi bermesyuarat pada tika itu juga dan objektifnya berkisar penubuhan persatuan yang khusus untuk golongan beginner & amateur disamping memperbanyakkan kejohanan2 dart di bumi Johor amnya. 

Begitulah serba sedikit kisahnya dimana & bagaimana bermulanya BUMIDART JDT. Sekian wassalam

Che Mat orang kuat bumidart macam biasa sibuk bebenor

Che Hamzah berkemeja cream pencetus idea friendly dan penubuhan bumidart malam tu

Sesak.. bilik yang selesa untuk 16org malam tu padat dgn hampir 50org yg hadir


TEAM DART DARI KAKITANGAN KERAJAAN, BADAN BERKANUN DAN NGO YANG AKAN BERTANDING PADA 07 FEBRUARI 2015

Berikut disertakan team-team yang terlibat dalam game 3some MACsPH mengikut kumpulan setelah undian dilakukan pada 02 Februari 2015. Selamat berjuang darters!



PERTANDINGAN DART BEREGU, PERSEORANGAN LELAKI & WANITA AMATUR DI PLAZA ANGSANA JB

Salam semua, sebelum ni saya ada mengwar-warkan tentang pertandingan dart kategori beregu, perseorangan lelaki dan wanita, terkini venue telah ditukar ke tempat yg lebih selesa dan lebih menguntungkan kedua-dua pihak hendaknya. Mana taknya tempat se GAH Plaza Angsana JB memang sudah diketahui umum sebagai tempat membeli belah tersohor dibumi Johor. Pastinya tempat ini akan lebih meriah dgn penganjuran sukan yang jarang2 sekali diadakan dikhalayak umum di Johor amnya. Selain mempromosikan sukan dart kepada orang ramai Plaza Angsana juga akan lebih dikenali sebagai tempat multi function yang boleh menganjurkan apa-apa acara sekalipun. Tahniah ajk yg terlibat.

1. Flyers


2. Borang


Tuesday, 3 February 2015

PERTANDINGAN DART BEREGU, PERSEORANGAN LELAKI & WANITA  AMATUR JOHOR

Tarikh pertandingan dart ini juga asalnya Bumidart JDT juga dalam rangka menganjurkan satu perlawanan dart kategori (masih dirahsiakan) tetapi memberi laluan kepada Majlis Sukan Daerah JB semata mata ingin melihat jabatan atau agensi yang berkaitan turut menyumbang dalam pembangunan dart Negeri Johor Amnya. Kita tunggu tarikh yang sesuai utk game BUMIDART JDT akan datang.

GAME : PERTANDINGAN DART ANJURAN MAJLIS SUKAN DAERAH JOHOR BAHRU.
TEMPAT : DEWAN DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU
TARIKH : 28-29 MAC 2015
MASA : 9.00 PAGI
FEE      : 1. Double RM100 (layak otomatik kategori single)
               2. Single - RM40.00
               3. Ladies Single - RM30.00

1. Kategori Double (Prize)
    1st RM1000.00 + Medal
    2nd RM500.00 + Medal
    3rd & 4th RM200.00 + Medal
    5th - 8th - Medal



Pertandingan Dart 3some MACsPH

 Pertandingan Dart 3some MACsPH yang akan diadakan pada 07hb Februari 2015 bertempat di ruang legar utama Terminal Feri Puteri Harbour ini antara kerjasama/tugasan pertama bumidart yg mana Bumidart JDT bertindak selaku penasihat dan pemerhati. Byk lagi game2 dalam perancangan Bumidart sebenarnya cuma memerlukan sedikit masa untuk diumumkan.

1. Flyers

 2.Format pertandingan seperti berikut:-


3.Borang penyertaan